div align="center">
I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam Myspace Falling Objects I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam I ♥ islam
Powered By Blogger
"Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim"

Wednesday, March 3, 2010

KBM KEMBALI,07.03.2010


Cute Myspace Generators








Untuk kawan-kawan yang menghadiri KBM di SM Teknik 13-14 feb lalu,apa kata sekali lagi kita hadir ke program lanjutan KBM KEMBALI LAGI,untuk mengimbau kembali kenangan manis yang tidak dapat di lupakan dalam memori kita bersama semasa KBM yang lalu....tunggu apa lagi kawan2 sms kan nama dan sekolah anda ke 0138959214.

Tuesday, February 9, 2010

Program KEINDAHAN BERSAMA MU

Assalamualaikum wrt.
Sekali lagi kita berjumpa kawan-kawan remaja sekelian,segala puji bagi Allah,kita dari kelab remaja Hikmah Sibu bersyukur kerana Hikmah Bahagian Sibu akan menganjurkan program KEINDAHAN BERSAMA MU (KBM)bersama SM Teknik dan JIM Sarawak .kalau kawan remaja ingin mengetahui kelainan program ini ikuti dan isikan borang yang telah di edar kan pada ahli Kelab Remaja Hikmah Sibu.Tarikh dan tempat seperti di bawah....sila klik objek di bawah.......

Myspace Generators & Toys

seminar ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Assalamualaikum,
selamat bersua kembali untuk kawan2 remaja di sekitar Sibu,berita baik untuk anda semua,anda ingin kan kelainan atau nak sesuatu yang baru....apa kata sama-sama kita menghadiri seminar ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ)anjuran HIkmah dan Jakim sibu..seperti yang tercatat di bawah..jumpa di sana....

Teddy Gram Note Generator

Thursday, January 28, 2010

7 tip motivasi diri


Assalamualaikum wrt.
Adek-adek dan pembaca blog budiman,selamat berjumpa di blog kelab remaja Hikmah Sibu,semoga dengan teruwujudnya blog kelab remaja ini dapat menberi sedikit sebanyak menfaatnya buat kita semua dan mendapat redha Allah.Untuk artikal terulung dalam blog kita kali ini iaitu 7 tip motivasi diri..selamat mencuba,dan salam ceria selalu

Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan atau rahsia-rahsia mencapai matlamat dan kejayaan yang anda impikan.

Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:

1. Wujudkan Keinginan Anda Sebesar Mungkin

Keinginan tersebut mestilah yang benar-benar anda idamkan.

Bagaimana menyemarakkan keinginan anda?

Duduk dan tulis semua keinginan anda. Nyatakan faedah-faedah dan kebaikan-kebaikan mencapai segala keinginan anda itu. Fikir dan tulislah sepuas-puasnya. Apabila senarai anda menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Anda akan mula menjadi lebih bersemangat. Jika anda terus menulis dan menghayati segala matlamat anda itu, semangat anda akan bertambah menyala, berapi-api!

2. Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda

TULIS matlamat-matlamat anda di atas sehelai kertas. Jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan sahaja. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini PENTING, kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda.

3. Tetapkan Bila dan Tempoh Pencapaian Matlamat Anda

TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai. Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu.

4. Tangani Halangan

Kenalpastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi. Seterusnya tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda akan perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

5. Buat Perancangan

Gunakan semua butir pada langkah 3 dan 4.

RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Perbaiki senarai anda; optimumkannya, sempurnakannya.

Ingatlah pesan Peter Drucker, seorang guru pengurusan yang pernah berkata: Cara terbaik meramal masa hadapan ialah dengan meWUJUDkannya. (The best way to predict the future is to create it).

6. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda

Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas dan terang pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang atau berkali-kali di fikiran anda.

Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.

Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil dari fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda

Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence).

Tekadkan semangat.

Tumpukan kepada kejayaan.

Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.

Bulatkan hati dan fikiran.

Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Lakukanlah tindakan-tindakan proaktif dan produktif. InsyaAllah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat yang anda ingini dan impikan.

Sunday, December 27, 2009

Allhamdullillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami pihak Kelab Remaja HIKMAH cawangan Sibu telah berjaya mencipta sebuah laman web untuk perkongsian kita bersama.Sekali lagi kalimah ALLAH alhamdullilah kami ucapkan.Semoga dengan terhasilnya blog KRH Sibu ini usaha memupuk minat dan pengetahuan mendalam tentang agama islam iaitu sebuah agama yang lengkap dan indah di dalam diri remaja masa kini khususnya remaja di Sibu,insyaallah.Selain itu, dengan wujudnya laman sesawang ini,remaja islam di Sibu khususnya boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti menarik yang di jalankan oleh HIKMAH cawangan Sibu.